Sunday 1 January 2017

CARA-CARA CARI SIGNAL MYTV DENGAN DEKODER DVB-T2





PERINGATAN:

Pihak kami hanya menjual antenna untuk terima siaran MYTV. 

Gambar2 berkaitan di bawah hanya lah untuk rujukan pembelajaran sahaja. 


Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. 

Harini kami nak terangkan bagaimana mencari signal MYTV dengan cara yang pantas.

Sebelum itu pastikan segala kelengkapan seperti berikut telah mencukupi.
1. Dekoder MYTV / DVB-T2 atau TV digital (Built-in DVB-T2 IDTV). (Perlu ada salah satu ini)
2. Antenna Digital atau Antenna UHF tulang ikan.
3. Kabel coaxial RG-6 (Kabel Astro) yang bermutu tinggi. Boleh dibeli di kedai hardware.
4. Soket  RF male sambungan ke TV.

Ok. Sekarang...

Sila ikuti langkah-langkah di bawah.

#Teruskan ke Langkah 4 untuk cuba kekuatan signal MYTV di tempat anda.

Langkah 1:

Kenal pasti pemancar yang terdekat dengan rumah anda.

Sebagai contoh, anda tinggal di Shah Alam, Selangor, maka pemancar yang terdekat dengan anda adalah Bukit Sg. Besi & Menara Kuala Lumpur.





Atau anda boleh merujuk terus kepada senarai kawasan-kawasan yang mendapat liputan seperti yang dinyatakan dalam website Mytv Broadcasting.

Klik link ini untuk kawasan liputan MYTV terkini: http://mytvbroadcasting.my/peta2.html

Lain-lain kawasan yang tidak dinyatakan adalah kawasan 'blind area' iaitu kawasan yang terlindung kerana bukit-bakau atau gunung-ganang.

Jika anda tidak pasti adakah kawasan anda mempunyai liputan MYTV ataupun tidak, boleh utarakan persoalan ke FB kami. https://www.facebook.com/nuhakreatif/

Pada masa akan datang, kawasan yang terlindung boleh menggunakan Dekoder MYTV DTH dan Dish Satellite (spt, piring ASTRO). Hal ini akan dijelaskan pada masa hadapan selepas DEKODER MYTV DTH dijual di pasaran.

Jom kita teruskan ke Langkah2 Mencari Signal MYTV dgn menggunakan antenna.

Langkah 2:

Buka applikasi Google Maps (digalakkan menggunakan web version pada komputer).

  • Set lokasi rumah anda ke stesen pemancar yang terdekat. Sebagai contoh,anda tinggal Shah Alam, setkan pemancar terdekat anda iaitu Menara Kuala Lumpur.



  • Right click pada mouse pada titik point rumah anda.



  • Right click pada mouse pada titik point stesen pemancar.


  • Semak jarak anda dan arah kompas tempat anda ke stesen pemancar terdekat. Anda boleh mengguna Apps Compas yang boleh di muat turun daripada Play store atau Apple Store.

atau anda boleh mengguna cara yang lagi mudah & cepat, sila klik link di bawah.

http://mytvantennapointer.blogspot.my/


Langkah 3

Kenal pasti antenna yang sesuai digunakan di rumah anda. 

Pastikan anda membeli ANTENNA DIGITAL atau ANTENNA UHF tulang ikan sahaja.
Lain-lain antenna adalah tidak sesuai sama sekali.

Daripada google Maps, jarak Shah Alam ke Stesen Pemancar Menara KL = 23km

Jadi anda boleh menggunakan antenna JP-5E untuk liputan sehingga 80km.

Nak beli antenna digital JP-5E? 
Click di sini untuk pembelian di Lazada.
Click di sini untuk pembelian di 11street.my.
Click di sini untuk pembelian di Shopee.



ANTENNA DIGITAL JP5E (5-ELEMENT) = 80km

Klik dibawah untuk pembelian.LazadaShopee11street



 ANTENNA DIGITAL JP8E (8-ELEMENT) = 100km

Klik dibawah untuk pembelian.



ANTENNA DIGITAL JP21E (21-ELEMENT) = 140km

Klik dibawah untuk pembelian.



Nota tambahan:


Antenna Indoor (Dalaman)

Antenna ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalan lingkungan garak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Sebagai contoh, rumah anda di Kuantan, anda boleh menggunakan antenna Indoor disebabkan jarak yang dekat dgn Bukit Pelindung.
Bagaimanapun, untuk peringatan TIDAK semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antenna Indoor disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian. (altitud).

Digalakkan menggunakan sekurang-kurangnya Antenna JP-5E (5element) untuk penerimaan signal yang lebih jelas dan baik.


Langkah 4

Sambungkan antenna ke dekoder anda.

Sambungkan juga dekoder ke TV anda menggunakan kabel HDMI atau cable Video 3 warna.

AMARAN:
Jangan gunakan kabel HDMI terlebih dahulu. Sila gunakan kabel RCA (3 warna).
Ini kerana signal daripada HDMI akan mengganggu signal MYTV dan menyebabkan signal tidak stabil.
Setelah berjaya "Lock" siaran MYTV dengan kabel RCA, barulah anda bertukar kepada HDMI.





Langkah 5

On suis dekoder

Paparan pertama yang muncul adalah seperti di bawah.

Jangan click apa-apa kerana kita akan buat "Manual Search" pada langkah seterusnya.

Auto search spt di bawah agak sukar "tangkap" signal kerana terdapat gangguan signal-signal digital lain seperti frequency hanset /radio dan sebagainya. 





Langkah 6

Klik button "Exit" pada remote control



Langkah 7

Pergi ke icon nombor 3 dari kiri spt di bawah.



Langkah 8

Set data-data spt di bawah.

Scan type: FTA
Country: Malaysia
Antenna power: Off

Kemudian click 'Manual Search'.

Langkah 9

Tukar Frequency Channel kepada frequency yang dipancarkan oleh stesen pemancar terdekat anda.
Rujuk kepada data di bawah.





#senarai pemancar kemaskini pada 26/03/2018


Langkah 10

Sebagai contoh, Shah Alam menggunakan pemancar Bukit Sg. Besi dimana frequency channel adalah CH45 @ 666mhz dan CH49 @ 698mhz.

Atau, anda tinggal Kuching. hendak lah menggunakan channel 47 @ 682mhz (pemancar Gunung Serapi) & CH 43 @ 650mhz.

Ok. Kita teruskan untuk rumah di Shah Alam tadi;
  1. Set frequency pada channel 45 (666Mhz).
  2. Biarkan beberapa saat sehingga signal kelihatan.
  3. Pusingkan antenna ke-kiri atau ke-kanan perlahan-perlahan.
  4. Perhatikan pergerakan signal naik atau turun.
  5. 'Lock' arah/kedudukan antenna tadi jika anda telah mendapat signal yang paling tinggi.

P/s: Min. strength/ quality yang diperlukan hanya 60%.


Langkah 11

Jika tiada signal kenaikan/ kelihatan  pada channel 45 @ 666mhz tadi, jangan risau,
bawa kan antenna ke tepi tingkap / balkoni (tiada halangan dinding rumah).

Dan anda akan mendapati signal kelihatan naik perlahan-perlahan.

Dapatkan kedudukan antenna dgn signal paling tinggi (min. signal terbaik adalah 60% ke atas).

Posisi antenna terbaik adalah antenna yang menghadap pemancar yang berdekatan. Cara paling simple memeriksa arah pemancar adalah menggunakan apps Antenna Pointer.
Refer pada link ini. http://mytvantennapointer.blogspot.my/

Langkah 12

Tunggu sekejap dalam beberapa saat untuk automatik 'scan' & 'Save' channels.


Langkah 13

Kemudian ulang semula Langkah 10 & Langkah 12 tadi untuk channel frequency yang kedua iaitu 
CH49 (698mhz) (-kawasan Shah Alam).

Pada kali ini, kedudukan antenna tidak perlu diubah kerana kedudukan pemancar adalah sama untuk Channel Frequency Pertama (CH45) ataupun Channel Frequency Kedua (CH49).
  1. Set frequency pada channel 49 (666Mhz).
  2. Biarkan beberapa saat sehingga signal kelihatan.
  3. Simpan (save) channel selepas berjaya ditemui. 


Langkah 14

Anda telah berjaya "lock" channel.





Langkah 14

Klik 'OK' pada button remote jika anda ingin melihat rancangan-rancangan TV yang lain.



Pautan YOUTUBE:





Kesimpulan:

Faktor-faktor persekitaran seperti bentuk muka bumi (bukit-bakau), banguanan-bangunan tinggi banyak mempengaruhi penerimaan signal Mytv di tempat anda. 

Kami ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya 'lock' siaran Mytv. Anda telah jimat beratus ringgit dengan 'DIY'.

Kepada yang masih tidak berjaya, jangan kecewa.
Berikut adalah cara-cara untuk mengenalpasti atau menyelesaikan masalah anda.

  • Buat Langkah 1-3 seperti yang diterangkan di atas. Jangan guna antenna sembarangan. Antenna yang sesuai hanyalah antenna digital & antenna UHF tulang ikan. Antenna VHF tidak sesuai sama sekali.

#####Nak beli antenna digital JP-5E? 
Click di sini untuk pembelian di Lazada.
Click di sini untuk pembelian di 11street.my.
Click di sini untuk pembelian di Shopee.






  • Tukar lokasi antenna anda.-letakkan antenna anda diluar rumah. Pastikan tidak terlindung oleh dinding atau bumbung rumah.
  • Jika masih tiada signal kelihatan, letakkan antenna diatas bumbung rumah.
  • klik link dibawah ini untuk mengenalpasti arah pemancar dengan tepat & cepat.
          http://mytvantennapointer.blogspot.my/
  • Pastikan anda menggunakan kabel coxial RG-6 yang bermutu tinggi. Signal MYTV mudah hilang jika menggunakan kabel yang murah. Antara jenama yang berkualiti adalah BELDEN, HANSEN & COMWAY.
  • Soket RF male sambungan ke TV & antenna seharusnya dipasang dengan betul dan baik. Sambungan ini adalah kawasan yang paling sensitif. Signal tiada atau tidak stabil jika sambungan soket tidak dipasang dengan baik. Sila rujuk kepada link Youtube di bawah.




  • Cari signal dengan keadaan menggunakan kabel RCA (3 warna terlebih dahulu). Ini kerana jika anda menggunakan kabel HDMI, dikhuatiri kabel HDMI anda tidak bermutu dan akan merosakkan signal MYTV. 
  • Jika signal tidak stabil (turun naik secara mendadak, contoh 80% > 0%) menggunakan kabel HDMI, sila guna test signal menggunakan kabel RCA (3 warna). 
  • Tidak digalakkan menggunakan dekoder DVB-T2 + S2 seperti freesat v7 combo dan sebagainya kerana ia mempunyai tuner digital yang agak lemah berbanding dekoder DVB-T2. Signal sukar diperolehi.   

Contoh kawasan yang menggunakan antenna 14E.
  • Terdapat beberapa tempat yang menggunakan pemancar yang lebih jauh kerana pemancar yang terdekat di 'bloking oleh bukit / gunung. 
  • Sebagai contoh, Jengka dan Temerloh, Pahang Tidak boleh menggunakan pemancar Gunung Pelindung kerana halangan bukit, tapi masih boleh mendapat signal daripada Gunung Ulu Kali. Antenna yang diperlukan adalah 14E ke atas.

Selamat mencuba...

p/s.
Jika anda memerlukan Bantuan Teknikal Online, Sila PM dalam Page FB kami. Pertanyaan anda akan dibalas dalam masa 24jam.
Klik sini  untuk PM.

606 comments:

  1. Salam.. Kalau tv yg memang built in macam mana ye? Saya pakai antenna uhf tak de pun jumpa siaran digital.. Huhu.. Semua siaran tv analog.. Area rasah seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebahagian seremban blh dapat signal. Rasah termasuk dlm bahagian yg ada signal.

      TV brand apa?
      pernah ada 1 kes, smart TV brand toshiba, xdpt signal.
      bile guna dekoder DVB-T2 signal tinggi 80%. Mgkin factor TV xde boost utk lock frequency.

      Delete
    2. kalau rasah...pointer antenna ambil dr mana???saya sikamat..dapat tak signal??

      Delete
    3. sikamat tiada signal. tggu pemancar gunung telapak buruk

      Delete
  2. Sy area seksyen 7 shah alam..knpe dvbt2 sy no signal ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shah alam antara kawasan yg pling senang jupe signal. sila hala antenna ke Bukit sg besi atau menara KL.

      Delete
  3. kabel & connector ada jual skali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. connector dah sekali pakej dgn antenna. Hanya kabel shj perlu asing.
      kabel terbaik adalah kabel astro RG-6. boleh didapati di kedai2 hardware yang berdekatan

      Delete
  4. Salam, terbaik lah info bro. Cheers

    ReplyDelete
  5. Pakai antenna astro xboleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh. MYTV bersiaran dalam UHF, bukan satellite

      Delete
  6. Pakai antenna jp 5E boleh ke area dungun...sebab saya cek xdi dalam senarai puan yg atas tu xde dungun...barang dah sampai dah nga saya tengah hari tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni senarai lama. MYTV belum update. Dungun telah terima signal MYTV sejak minggu lepas. Pemancar terdekat adalah bukit bauk.
      JP-5E blh guna dekat dungun. Halakan antenna ke bukit bauk.

      Frequency 546 / 722 / 626 MHZ.
      CHANNEL 30 / 52 / 40.

      TEST KETIGA2 CHANNEL NI

      Delete
  7. Saya ada beli JP-5E di lazada, sy harap barang sy beli tu brg yg dijual oleh anda, sy nk maklumkn disini cable putih dlm gmbr di lazada tu xdpt cuma dpt besi tetulang tu shj, sila hubungi saya @ whatsapp 0179210421 sy nk claim balik. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Tumpang brtanya...dekoder skybox f3s x boleh tarik mytv ke?c
    Cuba nasib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika x salah, skybox f3s tidak support DVB-T2.
      Jika berminat utk dekoder dual function spt Mytv + satellite (ccline astro / ninmedia), digalakkan beli dekoder Freesat V7 combo atau dekoder combo T2+S2

      Delete
    2. Dekat mana boleh saya COD dekoder mvty...area kl pj secepat mungkin?
      Trima kasih

      Delete
  9. Baru beli antenna jp-5e... tak dpt siaran la... guna dekoder dvb-t2 beli kat lazada... hmmm mohon bantuan

    ReplyDelete
  10. Baru beli antenna jp-5e... tak dpt siaran la... guna dekoder dvb-t2 beli kat lazada... hmmm mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi rumah di mana. dan jenis dekoder apa?
      T2 atau T2+S2?

      Delete
    2. Dekoder beli kat lazada dr oversea, tiada pilihan Malaysia utk set country.. belum dpt signal. Boleh dapat ke siaran dgn dekoder mcm ni?

      Delete
    3. set country singapore. Make sure the frequency used are same with Malaysia i.e 666MHZ.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Baru sampai antenna dari nuha kreatif..saya duk kluang johor..boleh dapat siaran ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. pemancar terdekat Gunung Pulai.
      mengikut feedback drp org sana, Kluang juga blh dpat siaran Singapore.

      Jika scan, siaran singapore x dapat, kena pakai antenna lagi panjang. mgkin 14E atau 37E.

      juga blh buat 1 dekoder > 2 antenna.
      1 antenna hala ke Pulai.
      1 antenna hala ke Singapore

      Delete
    2. Nuha kreatif..antenna tu mmg kena sambung dengan kabel rg 6 ke?kalau guna kabel yg saya pkai sebelum ni utk siaran tv biase tu x boleh ke?

      Delete
    3. boleh. x kisah pun.
      RG-6 adalah model Coxial cable yang paling berkualiti.
      RG-59 dan lain2, atau yang xde brand, blh shj guna.

      Delete
    4. Tkasih antenna dh smpi.cuma nk tanya mcmana nk guna 2 antenna ke 1 tv(ready t2 tv)utk nk dptkan channel msia n spore..

      Delete
    5. pakai splitter antenna. Kedai hardware ade jual. rm8 shj

      Delete
    6. Bole share pic splitter antenna tu tuan.terima kasih

      Delete
    7. https://static.computercablestore.com/content/images/thumbs/0000093_coaxial-splitter-matv-f-type-2-way-mini-900mhz-dc-passive_400.jpeg

      Delete
  12. Terima kasih...info yg amat berguna. Baru pesan jp-5e antenna w/ 7m cable kat lazada harini utk decoder combo t2/s2. Area Bdr Baru Salak Tinggi, harap2 sukses nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salak tinggi signal ok. xde mslh

      Delete
    2. Ok. Dah siap pasang dan dpt siaran dgn baik, channel 45.. cuma audio nampak mcm suara dan mulut kurang tepat. Memang begitu atau boleh setting..? Terima kasih..

      Delete
    3. siaran dlm ujian. masalah dtg drp MYTV sendiri.
      sbgai contoh. semasa iklan dalam TV3, tiba2 audio jadi kuat.
      itu masalah drp MYTV sndiri.

      Delete
    4. Ya audio tv3 mcm tu.. Ok terima kasih.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. Selain gunung keledang, ipoh. Pemancar apa yang lain berdekatan dgh kuala kangsar perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung jerai(guna antenna 14E) dan bukit larut (belum ON air)

      Delete
  14. Kalau signal strength cuma 8 percent, bole guna booster ke nak up kan signal strength nya.

    ReplyDelete
  15. Berapa hari ye proses penghamtaran

    ReplyDelete
  16. Cik Nuha, tlg rekomen dekoder boleh? Serta link skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buy the original decoder MYTV from pensonic shop.

      Delete
  17. Assalam, sy azly dari skudai, nk tnya ckit sy ada dcoder freesat v7 combo, untuk setting country sy boleh pilih negara mana coz pilihan negara malaysia tiada dlm senarai, lagi 1 pemancar manakah yg paling dekat dgn skudai dan channel yg digunakan dan frequency nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna country singapore. pemancar g. pulai.

      Delete
  18. slm tuan...sy dah test antenna JP-5e ...siaran sangkut2 & freeze..location rumah di Klang pandamaran...any idea to solve? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. halangan bukit / bentuk muka bumi/ bangunan akan mempengaruhi signal.
      harus mendapatkan signal 60% baru lah siaran xsangkut2 (lag).

      tiada cara lain kecuali Gantung/ Pasang antenna di tempat yang dapat Signal Stabil (60% ke atas).

      Delete
  19. Salam sy dkat muar dah psg antena tp xdpt siaran digital bole tolong ajar brape frequency sume?
    0143800342 wsap

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Muar belum ada signal. pemancar daripada g. ledang belum beroperasi

      Delete
    2. salam. berita terbaru. pemancar dah on air. muar dah dapat signal daripada g. ledang.

      Delete
  20. Salam, boleh tunjukkan cara pasang splitter ke antena ni? sy ada 2 tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..

      RM8 biasa kedai hardware jual.
      refer link kt bwh

      http://g02.a.alicdn.com/kf/HTB1Gk1lQpXXXXXBapXXq6xXFXXXn/2-Way-TV-Aerial-Splitter-Antenna-Cable-5-1000-MHz-F-Connector-Splitter-BI126-.jpg

      Delete
  21. wslm..

    RM8 biasa kedai hardware jual.
    refer link kt bwh

    http://g02.a.alicdn.com/kf/HTB1Gk1lQpXXXXXBapXXq6xXFXXXn/2-Way-TV-Aerial-Splitter-Antenna-Cable-5-1000-MHz-F-Connector-Splitter-BI126-.jpg

    ReplyDelete
  22. Saya dok temerloh jarak 70km gn antenna pointer..
    Sy gn google earth cek xda bukit bukau yg mganggu signal..
    Jadi perlu ke sy pakai jenis 14E..
    Lokasi taman muhibbah temerloh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. pengalaman installer di sana, mereka menggunakan antenna 14e berbanding 5E

      Delete
  23. Assalamualaikum..
    Dah beli antenna tp tiada siaran digital area gual periok rantau panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.

      agak mustahil tiada signal sebab pemancar Telipot dgn tempat anda hanya lah 30km.

      dan dengan Bukit bakar pulak 45km.
      sila cuba arah kan antenna pada kedua-dua tempat, boleh mengunakan antenna pointer.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. jika parit buntar pemancar Mana yg dekat

    ReplyDelete
  26. Ayah saya tinggal area sri muda Shah alam...selalu no signal...
    Kena searching blk br ok...tp jadi balik no signal...guna antena yg blh adjust guna remote

    ReplyDelete
    Replies
    1. antenna booster blh mrosakkan signal.. blh baca info ini dalam website Mytv sendiri.

      Delete
  27. Tuan, sy da beli & pasang antenna jp-5e. Sy guna dekoder freesat v7 combo. Namun signal sentiasa lost. Minta tuan whatsapp sy di 0178125655 utk bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry. rasa memang xdpt membantu. Dekoder combo t2+s2 spt freesat mempunyai tuner digital yang x berapa kuat.. Jika dekoder T2 signal 80%, freesat mgkin baru 60-70%.

      tiada cara lain, kecuali meletak antenna di tmpt yg tinggi & lapang.

      Delete
    2. Sy sambungkn antenna tu direct ke smart tv. Tp dkt option connection antenna di tv, dia xdetect antenna ni. Mcm mana tu tuan?

      Delete
    3. No idea pasal TV. setakat ini pernah jupe Smart TV toshiba xdpt signal langsung, sedangkan dekoder dpt 80%.

      Wlubgaimanapun, check balik connection soket RF male sebelah TV dan sebelah antenna.

      antenna ni hanya 1 alat utk membantu terima signal shj, jika connection betul, dan rumah clear ke pemancar, guna dawai besi penyangkut baju pun blh dapat signal.

      boleh tanya Seller box Freesat 2 utk maklumat lanjut.

      Delete
    4. Tuan tinggal di area mane? utk check status pemancar dahulu

      Delete
    5. sejak drp minggu lepas MYTV mengalami gangguan signal di lembah klang (signal low), boleh cuba menggunakan channel frequency 45.
      Disebabkan kwsn nya landai, banting adalah antara kwsn yang signal kuat dan mudah dapat signal wlupun antenna dalam rumah. (signal 80%-90%).

      Memandang sudah mmpunyai Dekoder T2+S2,
      Kalau memerlukan bantuan installer (MYTV & tembak satellite INDON/ Thai), boleh hubungi no. ni 011-16363898 (safar Said) /017-6214431 (ziq) / 016-9009675 (bang Halim)


      Delete
    6. Sy cuba lg mggu depan. Klu freesat sy xok, kena la cr dekoder dvbt2

      Delete
  28. area kuala rompin pahang,dah ada signal mytv ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. signal drp Bukit Pelindung. Antenna 14E harus digunakan

      Delete
  29. area kuala rompin pahang,dah ada signal mytv ker?

    ReplyDelete
  30. Salam.. Saya tinggal di taman desa dahlia, senawang... Adakah boleh dapat signal di tempat saya? Apakah dekoder dan antenna yg sesuai digunakan jika dapat signa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tmn desa dahlia belum ada signl. tunggu pemancar gunung telapuk buruk siap.

      Delete
  31. Haii assalamualaikum..saya ada nak letgo dekoder dvb 2 dgn antenna jp 5e ni..nk letgo murah2 je..reason x pkai sbb kt tmpt sy ssh nk dpt signal..sape2 bminat blh email iemahzam86@gmail.com

    ReplyDelete
  32. Salam.. coverage mytv ada x dekat taman palma jaya jaya perdana, seremban. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tiada. halangan bukit di kedua2 pemancar terdekat; bkt sg. besi/ bukit tampin.

      Delete
  33. As salam admin.
    Saya terbeli dekoder dvb t2&s2 combo, juga tiada country malaysia. Boleh bantu saya, untuk kaw Sg Ular, Kulim Kedah. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh halakan antenna ke TM seberang Jaya atau Gunung Jerai.

      Set country Singapore. Restart box 2 3 kali. signal blh dapat. tapi kena try 2 3 kali... box mcm ni payah nk lekat signal. tapi kalau dah lekat, mmg dah xde mslh kemudian hari.

      Delete
    2. sorry. bangunan kwsp seberang jaya atau Gunung Jerai.
      better g, jerai. tiada halangan

      Delete
  34. NAK TANYA.. SY DUDUK AREA JB.. MCM MANA NAK DAPATKAN SIARAN INDONESIA (SCTV,RCTI,TRANS TV,MNC,TPI,DLL)? SEBELUM NI KALAU SY GUNA ANTENNA BIASA SIARAN INDONESIA YG SY SEBUT TU SEMUA DAPAT.. BOLEH BERI TUNJUK AJAR X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. indonesia juga mempunyai DVB-t2 nya sendiri. cuma tidak pasti arah pemancar kt mana. boleh google.
      1. channel frequency yang digunakan.
      2. lokasi pemancar (utk tembak antenna)

      Delete
    2. bermakna sy perlu memasang 2 unit antenna ke? 1 antenna menghala ke pemancar Malaysia dan lagi satu menghala ke pemancar Indonesia?

      Delete
    3. contoh; tinggal di JB, tembak ke Pemancar G. pulai, dan G. pulai adalah 1 line dgn Singapore, maka, boleh guna 1 antenna shj.

      jika, pemancar duk pada arah bertentangan, mmg perlukan dua antenna

      Delete
    4. terima kasih ya.. apa alat yg boleh saya gunakan untuk menyambungkan 2 antenna tu.?

      Delete
    5. antenna splitter. kedai hardware RM8

      https://static.computercablestore.com/content/images/thumbs/0000093_coaxial-splitter-matv-f-type-2-way-mini-900mhz-dc-passive_400.jpeg

      Delete
  35. salam, nak tanya..saya area taman bandar senawang. boleh ke dapat signal mytv ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. belum ada. tunggu pemancar gunung telapak buruk siap dalam beberapa bulan lagi

      Delete
    2. t.kasih atas info tuan..

      Delete
  36. salam tuan. sy x gune decoder pun. mmg tv digital. klu kt gambang nk pkai antenna ape. b4 ni ddk kuantan pakai area indoor beli kt kedai rm2 dpt je siaran mytv. skang dok gambang pkai area uhf/vhf x dpt channel dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. gambang dah cukup menggunakan antenna uhf/ digital 5E. vhf antenna xleh guna. lama2 dekoder blh rosak sbb "pening".
      jika antenna tersebut mempunyai dua box hitam UHF +VHF, hanya perlu buang sambungan ke VHF shj.

      Delete
  37. baru beli dv3t2 +antenna greentec indoor satu signal pon xdpt. lokasi sec 7 shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. shah alam tak boleh pakai antenna indoor. signal xkuat

      Delete
  38. Salam..Saya guna smart TV LG Dan kawasan Pekan, Pahang. Dulu guna auto tuning dapat siaran. Awal Mei signal putus. Sekarang Cuba guna Cara manual tuning sampai sekarang tak dpt. Strength n quality still 0℅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna antenna tukang ikan+booster

      Delete
    2. benda mcam ni selalu berlaku apabila MYTV tutup pemancar utk bt maintainance. Apabila transmitter dibuka semula, Pola signal dah berubah, dan menyebabkan signal tiada.
      Penyelesaiannya, Memindahkan antenna ke tempat lain.

      Delete
  39. Area Bentong kenapa susah nak dapat?

    ReplyDelete
  40. Sy guna freesat v7 combo tp signal susah nk dpt...dh guna 5e anthenna tp still xdpt jugak...tp klu guna anthenna yg sama pd tv yg ada dvb t2 senang plak nk lock signal dia....kenapa freesat susah nk dpt signal??and lg satu box apa yg paling senang nk lock signal mytv??trm kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. betul. Kami ada Highlight kan benda ni kat atas "Tidak digalakkan menggunakan dekoder DVB-T2 + S2 seperti freesat v7 combo dan sebagainya kerana ia mempunyai tuner digital yang agak lemah berbanding dekoder DVB-T2. Signal sukar diperolehi."

      Delete
    2. beli dekoder DVB-T2 shj. jangan beli yang combo.

      Delete
    3. DVB-T2 shj??ada sebarang cadangan x tuan??nama box ke??ingat nk beli Mini Size HD DVB-T2 Digital TV Set Top Box Decoder dvb-t2 K2...ok x?

      Delete
    4. k2 ok. box yang famous sbb dia murah.

      Delete
    5. tu la..mmg box tu murah cuma nk tahu lock channel dia mcmana??senang ke nk lock??ada suggestion x box mana yg terbaik setakat ni??sorry sbb byk bertanya...hehehehe

      Delete
    6. interface sama sebijik mcm dalam gmbr2 di atas.. lock channel pun sama.

      Delete
    7. Salam,kenapa keluar tv siam

      Delete
    8. Kenapa tak keluar (tv1,2,3,7,8,9,i)

      Delete
    9. X hala betul ke pemancar malaysia. Sila guna pemancar Malaysia yg berdekatan rumah anda.

      Delete
  41. nak tanya,Mytv guna aerial tulang ikan...so xyah guna la booster dia tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada tempat. tak digalakkan guna booster. akan merosakkan penerimaan signal MYTV di tmpt anda. KENAPA nak bazirkan duit Eletrik untuk On kan Booster kan?

      Delete
  42. Saya guna t2&s2 combo..pakai antenna tulang ikan yg ada booster..signal intensity ok..90% above..tapi signal quality x stable..dlm 30-70%..naik turun..kalau hujan langsung la xdapat tengok..sy duduk kat rawang..memang hala ke ulu kali..cuaca kalau mendung sikit pun dah sangkut tv ni..sbb docoder ni ke?mohon nasihat..

    Lagi 1 nak tnya mana boleh sy dpt antenna 14e?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tukar daripada kabel HDMI ke kabel RCA

      Delete
    2. Sy dah tukar cable RCA..nampak signal macam sama je..naik turun..x berapa stable..ke cable RCA pun kena cari yg berkualiti?kalau waktu hujan gambar macam sangkut2 benda tu normal ke?

      Delete
    3. turun naik 5% adalah normal. Jika signal drop terlalu byk, kena letak antenna kt tmpt lain.

      gambar sangkut ketika hujan adalah tidak normal.
      Min. signal diperlukan adalah 60%, jika skrg signal dirumah ngam2 60%, akan mendapat masalah ketika hujan.

      kerana masa hujan, signal akan terganggu sedikit dalam 5%, jadi signal asal 60% akan drop ke 55%. ini akan menyebabkan channels menjadi Lag/ sangkut2...
      penyelesaian, pindahkan antenna ke tmpt yg blh mendapat signal paling maximum. tq

      Delete
    4. Terima kasih atas penerangan..nanti sy cuba pindahkan..nak tnya,ada jual antenna 14e tak?atau tau tak kat mana yang jual antenna 14e..?

      Delete
    5. kedai2 elektrik atau kedai Hardware. tulang ikan UHF 14E

      Delete
  43. Sy tinggal di Port Dickson dapat coverage untuk myfreeview admin ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat. Port dickson signal kuat daripada pemancar baru Bukit Tampin.

      Delete
  44. sy tinggal kat puncak saujana kajang... ingat nk pakai mytv.. siaran ok ke.. rumah dikelilingi bukit... kalau petir ok x pakai antenna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarak 10km shj dgn Bkt sg. Besi. sharusnya Signal kuat. Signal boleh memantul

      Delete
  45. sy tinggal di area desaru kota tinggi johor. Antenna apa yg sesuai & pemancar mana yg dekat (pelangi, skudai @ g.pulai)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 pun boleh. ketiga2 pemancar guna frequency yang sama. Antenna JP-5E sudah cukup untuk peroleh signal MYTV

      Delete
  46. Salam tuan...kota puteri, ijok ada signal mytv tak?...antenna jenis apa ya sesuai pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijok signal drp pemancar gunung ulu kali. Jarak 45shj.
      Sudah cukup guna antenna JP-5E

      Delete
  47. Tumpang tanya, saya tinggal di kawasan seksyen 7 shah alam. Kawasan ni mmg kalau aerial biasa, xdapat lansung channel. Jadi saya nak beli decoder digital utk siaran digital. Kemusykilan saya:

    1. Mana satu yang pada pendapat tuan saya beli? DVB-T2 or Combo T2 & S2? Sbb kalau T2 signal lagi kuat tapi just dpt Terrestial punya channel saja kan? Tapi kalau T2 & S2 boleh dapat juga channel satellit?

    2. Ada cara tak kalau nak tangkap channel dari jiran2 macam Thailand, Singapore & Indonesia, walaupun saya stay kat Shah Alam?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Dekoder combo T2+s2 kami x rekemen sbb tuner digital t2 agak bermasalah. Sukar nk tarik signal MYTV. Sudah banyak feedback kami dapat sama ada dlm group fb dan sbgainya.

      2. Untuk tembak Satellite Indon & thailand, perlu upah “Satellite sniper”. Blh dapat siaran percuma drp Thai / indon.

      Siaran digital Singapore pulak, hanya penduduk Johor shj dpt.

      Delete
    2. Baik2, terima kasih banyak2 atas penjelasan yek.....

      Delete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Salam, brp harga? area kajang ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Untuk makluman cik, pihak kami hanya Menjual Antenna shj.. Pembelian dekoder harus melalui pihak lain. Blh check dlm Lazada utk pembelian dekoder dan antenna

      Delete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. Saya sudah ada dekoder dvb t2 k2 dan tinggal di meru. Bila saya tukar frequency 666 hanya 40%..macammna nak boost supaya jadi 60%?

    Rumah saya pakai antenna tulang ikan yang besar.mcmna nak tahu tulang ikan y saya guna adalah uhf atau vhf? Perbezaan dari sudut design antenma atau mcmna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Design UHF. Belakng pjg, tulang depan sama pendek. Vhf, selang seli panjang pendek. Meru kwsn yg kuat signal Mytv. Rata2 kami jual semua guna JP-5e

      Delete
  53. salam. saya tinggal di Alma Penang. kalau pakai antena 5e indoor boleh dapat signal ok x?
    tv ada built in digital tuner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh. 15km dgn pemancar seberang jaya

      Delete
    2. saya try indoor antenna (yg hitam) beli kat lazada.
      takdak signal langsung. kenapa ya?
      pemancar kat penang x fungsi kah?

      Delete
    3. pemancar ok. semua On Air.

      Delete
  54. Salam. Pemancar di bukit larut taiping sudah on air ? Di mana sy boleh dapatkan antena 14-e tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. belum on air. Perancangan MYTV, setiap rumah hanya akan menggunakan antenna 5E; ini bermakna pemancar2 akan dibina untuk cover radius 80km. Tak rekemen 14E, masalah bukit/gunung sangat mengganggu. boleh tunggu bukit larut siap.

      Delete
    2. Terima kasih.. Sangat memnbantu.

      Delete
  55. As salam...rumah sekitar gunung jerai boleh guna indoor antenna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. 25km ke bawah blh guna antenna indoor. jika signal low disebabkan persekitran bangunnan, baru Upgrade kepada antenna 5E

      Delete
  56. Assalam..tv saya cuma dapat siaran Test Channel HD dan FM sahaja. Channel lain 'no signal' kenapa ye? Area Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Mlm td baru update scan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. silap frequency 2.. skrg untuk lembah klang channel frequency 45 (666Mhz) shj yang berfungsi. dua lagi channel frequency dah tak berfungsi. sila buat tuning balik dan dapatkan siaran pada channel frequency 45. tq

      Delete
    2. Tkasih tuan.. saya dah rescan & dah dpt semua channel dah..

      Delete
  57. Salam. Rumah di Tasek Gelugor Penang boleh pakai indoor antena x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sepatotnya boleh. sebab dekat dgn Pemancar atas bangunan KWSP Seberang jaya. tq

      Delete
    2. Terima kasih. Dh dpt semua channel. Pakai indoor antenna yg paling murah sahaja tetapi kadang-kadang sangkut. Boleh rekemen Indoor antenna apa yg elok sikit?

      Delete
    3. kena tukar kepada OUtdoor Antenna untuk signal yang lebih baik

      Delete
  58. Tumpang brtanya...dekoder skybox f5 x boleh tarik mytv ke?
    Cuba nasib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada function DVB-t2 boleh dapat siaran MYTV

      Delete
  59. Alhamdulillah Antenna yg sy beli dr tuan melalui lazada sudah sy terima. Tp malangnya sy masih x dpt signal myfreeview Huhuhu. Lokasi gambang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat scan.. atau manual scan atau edit channel dan pastikan frec 666mhz.

      Delete
    2. gambang kwsn yang senang dapat signal. Jika ada guna apa2 HDMI pada TV, cuba jauhkan/ cabut dulu.. kerap kali signal terganggu disebabkan signal drp HDMI

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Saya dah cuba tp masih x dpt signal juga. Rumah sy di perumahan makmur gambang jaya 1. Berhampiran dengan akedemi bola sepak negara mokhtar dahari, Delilah sukan Malaysia pahang dan ump. Sy guna antenna ni siaran analog pun x dpt. Mungkin cara saya Pasang wire ni x betul kot. Mintak bantuan tuan. 0177153765

      Delete
  60. Sy baru bli antenna tuan dr lazada..tp masih tak dapat signal...tv di built in digital... Area pulau meranti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat scan.. atau manual scan atau edit channel dan pastikan frec 666mhz.

      Delete
    2. pulau meranti kwsn yang senang dapat signal. Jika ada guna apa2 HDMI pada TV, cuba jauhkan/ cabut dulu.. kerap kali signal terganggu disebabkan signal drp HDMI. guna channel frequency 45

      Delete
  61. Salam.. sy nak tanya area raub pahang boleh dpt mytv x. Sy dah cek stesyen pemancar terhampir:gunung ulu kali. Kalau dari rumah sy jaraknya 60km+-. Antenna jenis apa yg sesuai utk sy guna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. xleh guna pemancar ulu kali sbb gangguan bentuk muka bumi. tunggu pemancar baru Bukit Fraser siap terlebih dahulu, baru penduduk Raub dapat siaran MYTV

      Delete
    2. Oh ada perancangan utk tambah stesen pemancar di bukit fraser ke? Hmm. Brp lama agknya kena tnggu lg.. Yg skrg analog ni pun xbrp clear sgt.

      Delete
  62. Saja nak share ..TV saya built in dvb.. setelah mendapat nasihat drp tuan tanah.. Nuha Kreatif... Alhamdulillah.. saya telah scan semula dan pastikan channel digital gelombangnya 666Mhz.. semua siaran dah dapat walaupun menggunakan antenna lama. Terima kasih tuan empunya blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. kami hanya share pengetahuan dan pengalaman yang ada shj,

      Delete
  63. apakah model dekoder yg sesuai utk dpt signal yg bagus selain dr (mytv dttv)dvb-t2?
    sy dh baca byk komen yg freesat lemah mencari signal.

    ReplyDelete
  64. lg 1 nak tanya, kalau antenna digital 5e ni compatible utk analog signal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi antenna ni utk UHF band shj.
      Untuk siaran analogue TV1, TV2, TV3 dalam band VHF, NTV7 band UHF.
      MYTV digital dalam band UHF

      Delete
  65. Salam.. Area sikamat dah ada sgnal ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. belum. tunggu pemancar siap

      Delete
    2. Klu area seremban pkai pemancar mna ye??

      Delete
    3. sebahagian seremban guna pemancar bkt. sg. besi dan sebahgian lagi guna pemancar gunung telapa buruk (belum siap)

      Delete
  66. Salam..saya dah terbeli dvb t2 s2 combo dekat lazada..pasang2 tak dapat signal langsung..saya tinggal di kundang selangor..apa patut saya buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Kdg2 bergantung pada nasib. Rekemen kami, blh dapatkan bantuan teknikal daripada agent pemasangan.
      refer pada blogspot dibawah.

      http://satellitesniper.blogspot.my/2017/06/blog-post.html

      Delete
  67. Saya pakai antenna lama tak pasti antenna uhf atau tak sebelum ni antenna tu buat tgk tv analog je , sekarang beli decoder dvb t2 guna antenna lama tu kuat juga dia tarik signal sampai 99% stabil gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. mana2 antenna boleh pakai. asalkan UHF dan menghala pemancar

      Delete
  68. Say Ada believe antenna jp5e Dan yuan di Lazada..klau area Sg Ara Bayan leaps Penang blh ke says guna pemancar Penang u4..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penang U4 xleh. ada gngguan bukit. boleh try hala ke pemancar KWSP seberang Jaya

      Delete
  69. Salam..sy duk area tg leman, mersing..dh ada pemancar k

    ReplyDelete